WeLcOmE!!

Assalamualaikum!!

Tima kasih sbb sudi visit blog paah.. Paah baru kat dunia blog ni...
So, sila beri tunjuk ajar(kat sapa2 yg dah pro bab blog)..Kalo ada apa2.. comment taw...Kalo suka blog nih... follow la...
Kalo malaih( malas) tok sah dok tgk blog org... ^ ^(lwk ja)
Tukang jalan kat blog-blog orang amat dialu-alukan...
Kalau blog ni ada problem, mai habaq tau, jangan duk senyap ja...
Kalo x der apa2... arigato sebab baca ni....... ^_^
Tapi kalau nak promote cara nak jadi kaya ka.. produk kecantikan ka... game ka... x yah la nak tulis kat ruang chat noh!!!

Terima Kasih


ps : chat box ada kat sebelah kanan... ----> kaler HIJAU punya..

Mai Follower..

My Birthday Countdown

Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 8 Januari 2016

Berjuang DemiMu

Berjuang DemiMu

Setiap detik waktu berharga
Menjadi sasaran si pendahaga
Yang pentingkan isu dunia
Hingga tergadai nyawa tak berdosa
Yang tiada sisa dosa
Kerana pertahankan kesucianNya
Daripada dikotor, ditindas
Malah dihukum penganutnya

Dunia sudah buta
Kerana melihat dari pandangan
Bukannya dari ajaran
Yang turun untuk keamanan
Kepada umat akhir zaman

Walau terbunuh tanpa kasihan
Wajah tetap mengukir senyuman
Cahaya nur menerangi wajah
Syahid-syahidan di dunia fana
Kerana impian menjadi nyata
Amanah sudah dilaksana
Hanya tunggu masa
Untuk menikmati ganjaran
Yang sudah dijanjikan

JanjiNya
Kepada penurut perintah
di dunia tidak nampak
Di akhirat kelak
solid dan nyata!
Bertuahnya mereka
Sudah dijanjikan Jannah
Tempat bersemayam para perjuang ad-DinNya

Bagaimana pula kita
Yang biasa-biasa sahaja
PerintahNya dibuat ala kadar
Apakah nasib kita di alam sana?
Cukupkah bekalan kita ke sana?
Layakkah kita menjejakkan kaki ke jannah?
Atau kaki ini hanya layak ke neraka jahanam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cute Green Flying Butterfly